Sekitar Majlis Pelancaran Action and Implementation Plan for PCDS 2030 Sarawak Economic Action Council yang bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) petang ini tadi.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Haji Openg merupakan tetamu kehormat dan telah menyampaikan amanat utama sebentar tadi seterusnya melancarkan majlis tersebut sebentar tadi.
Objektif teras PCDS 2030 adalah untuk mengubah struktur ekonomi, untuk memodenkan dan meningkatkan kecekapan, untuk meningkatkan pendapatan isi rumah kepada bahagian keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan untuk meletakkan kemampanan alam sekitar dalam usaha pemulihan negeri dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Hadir sama adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaol Samion dan beberapa kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku